Wednesday, March 17, 2010

ICT Pilihan HidupKu.

Sewaktu saya berumur 7 tahun,saya tidak mengenali apa itu komputer.Semakin saya meningkat dewasa,saya dibawa oleh guru saya ke makmal komputer.Di sana saya melihat banyak komputer yang tersusun rapi. Saya juga melihat bagaimana beberapa orang pelajar sedang menghantar email dan melakukan pelbagai aktiviti yang lain.Saya ingin sangat mencuba belajar bagaimana ingin membuat perkara-perkara yang saya ingini seperti,menulis dengan menggunakan papan kekunci,melukis, mewarna dan macam-macam lagi.Dan saya nak buat semua itu dalam komputer. Saya berharap agar saya dapat membeli sebuah komputer pada suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment